Pages

Wednesday, August 7, 2013

Khasiat Buahan Terpilih

Assalamualaikum ............. 
Hari ini, saya ingin membincangkan sedikit makanan sunnah Rasulullah yang menjadi amalannya dalam kehidupan seharian.....kita sebagai umatnya wajarlah mencontohi dan mngikuti sunnah-sunnah Rasulullah ini...

Jom kita tengok antara amalan sunnah dalam tatacara pemakanan Rasulullah.........
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Baiklah dah tahu sedikit sebanyak amalan sunnah pemakanan Rasulullah....Mari kita tengok pula makanan-makanan lain yang turut menjadi amalan pemakanan Rasulullah............

  • Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  • Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  • Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  • Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut
  • Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut , membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.
  • Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
  • Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  • Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga.
  • Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.
  • Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
  • Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali).
  • Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

"Katakanlah(Muhammad),'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah 
mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'.."
[al-Imran:31]
 
1. Buah Delima: 

Mengandungi potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti:
 fosfor
 kalsium
 zat besi
 sodium
 vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
  
Bertindakbalas bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal.

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah.

khasiat buah delima:
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Membuang lemak-lemak berlebihan
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan kulit
- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
- Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung 
- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi 

2. Buah Zaitun: 

Kajian Terhadap Buah Zaitun

1. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

2. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

3. Kajian yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.

4. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi.

5. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

6. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko.

7. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

3. Buah Kurma 

Kandungan dalam buah kurma:
Dalam setiap 100g kurma kering terkandung:
 Vitamin A 50 IU
 Tiamin 0,09 mg
 Riboflavin 0,10 mg
 Niasin 2,20 mg
 Kalium 666 mg
Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Kajian Terhadap Buah Kurma 

1. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat:
- menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran,
- memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan
- membantu memudahkan proses kelahiran bayi
- mengurangkan tumpah darah,
- menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

2. Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah:
- daripada sembelit
- lemah otot 
- sengal-sengal badan
- lesu
- barah usus besar
- merangsangkan selera makan
- menguatkan ingatan dan melawaskan

3.  Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu
- memanaskan badan
- mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda
- membantu tumbesaran kanak-kanak
- membantu melicinkan perjalanan darah
- menghindari dari penyakit barah
- merawat buah pinggang dan mencuci hati
- membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

 4. Buah Anggur

Buah anggur mengandungi:
 Vitamin C 
 Vitamin A
 Vitamin B1
 Vitamin B2
 Vitamin E
 80 peratus air
 kalium.
 phytonutrien (bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung)
 Mempunyal kalori yang rendah.

Khasiat Buah Anggur
- Mencegah osteoporosis
- Melawan virus dan infeksi kuman
- Membantu mencegah kanser prostat
- Membantu fungsi ginjal
- Menurunkan kadar kolesterol
- Kurangkan risiko serangan jantung
- Mengatasi masalah sembelit
- Memelihara buah pinggang supaya sihat
- Merawat kanser payu dara
- Mencegah Alzheimer
- Mencegah jangkitan kuman atau virus
- Mengurangkan risiko kanser

 5. Buah Goji

Para saintis telah menemui Goji sebagai buah yang mengandungi polisakarida bioaktif yang paling tinggi dan lebih aktif berbanding dengan tumbuhan yang pernah mereka temui sebelum ini.

Goji mengandungi:

1. 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup

2. 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan

3. 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)

4. Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)

5. Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan.
- Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada  Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)

6. Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga

7. Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih

8. Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang.

9. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.

10.  Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf

11.  Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik

12. Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat

13. Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.

14. Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.

15. Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular.

Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui! 

6. Madu 

1. Firman Allah dalam surah an-Nahl: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69)

2. Rasulullaah SAW, bersabda : “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendir.

KEBAIKAN DAN KHASIAT MADU
1. Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.

2. Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.

3. Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.

4. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.

5. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.

6. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.

7. Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.

8. Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

9. Menguatkan badan wanita mengandung.

10. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.

11. Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.

12. Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.

13.  Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.

14. Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.

15. Memudahkan serapan kalsium dalam badan.

16. Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan

7. Manna 

"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri". Petikan Surah Al Baqarah Ayat 57'

Menurut riwayat lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas pula, beliau berkata bahawa “‘Manna’ adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang biasanya melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberinya erti madu. Apabila makanan itu di makan, maka yang memakannya akan merasa kenyang.”

Manna dikenali juga sebagai Arabic Gum merupakan makanan yang banyak terdapat di Sudan dan ianya telah memberi banyak manfaat kepada ramai orang dalam menangani penyakit masakini. 

Khasiat Manna 
Manna mengandungi banyak serat atau fiber yang mana ianya membantu mengurangkan gas dalam badan.  Manna juga menggalakan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan bakteria sihat ini akan mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit birit.

Diet yang kaya dengan serat seperti pengambilan Manna juga dapat membantu tubuh melawan penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Manna juga dapat member rasa kenyang berpanjangan kepada sesiapa yang memakannya.

Selain memberikan khasiat diatas, alam formula Biodelima ini Manna juga berfungsi sebagai bahan 'pengikat'  kepada bahan-bahan lain 

8. Air Zam-zam 
Air Zam-zam adalah air yang terbaik di atas muka bumi yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya untuk pelbagai kegunaan.

Dengan kombinasi pelbagai zat, bahan dan vitamin yang terkandung dalam 6 jenis buah-buahan dan tumbuhan yang dikurniakan oleh Allah bersama dengan madu yang juga berasal daripada tumbuh-tumbuhan serta diperkayakan lagi dengan zat air yang paling mulia diatas muka bumi ini, maka dengan izin Allah juga, bahan-bahan tersebut amat berguna dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan merawat masaalah kesihatan.

Khasiat Minyak Zaiton

Didalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia disebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar,delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun( buah Olea europaea keluarga Oleaceae), tanaman pokok tradisional lembangan Mediterranean. Minyak yang dihasilkan oleh pengisaran zaitun keseluruhan dan mengekstrak minyak dengan cara mekanikal atau kimia. Ia biasanya digunakan dalam memasak,kosmetik, farmseutikal, sabun dan sebagai bahan api untuk tradisional lampu minyak. Minyak zaitun digunakan diseluruh dunia, tetapi terutama di Mediterranean negara. 
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh dari buah zaitun atau nama lainnya Olea europaea ( bermaksud minyak dari Eropah). Minyak zaitun diperolehi melalui proses pengisaran keseluruhan buah zaitun dan mengekstarak minyak tersebut melalui cara mekanikal ataupun kimia. Minyak zaitun mempunyai pelbagai fungsi dan faedah, dan ia telah banyak digunakan untuk memasak, sebagai bahan utama dalam produk kosmetik, ubat-ubatan farmaseutikal, bahan pencuci seperti sabun mandi, bahan api ( seperti pelita tradisional) dan sebagainya. Boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan minyak zaitun namun terdapat beberapa negara yang sentiasa mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan utama mereka berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan kerana ia lebih murah berbanding minyak zaitun.
Pada masa kini, kesedaran orang ramai mengenai kegunaan minyak zaitun untuk kesihatan semakin bertambah. Penyakit yang paling banyak kaitkan dengan minyak zaitun ( khasiat minyak zaitun dalam menyembuhkan dan mengelakkan penyakit tersebut) adalah seperti kanser, batu hempedu, kolestrol tinggi, darah tinggi dan banyak lagi.

Khasiat yang terdapat di dalam minyak zaitun adalah daripada kandungan monounsaturated fattu acids dan juga unsur-unsur anti oksidan yang tinggi di dalamnya. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun boleh mengelakkan kita daripada penyakit jantung dan mengawal kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolestrol baik(HDL). Selain daripada masalah jantung, minyak zaitun juga memberikan kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalh gastritis, ulser, makanan tidak hadam, sembelit, kembung perut dan sebagainya. Minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dan juga hormon pankreas secara semulajadi malah ia boleh mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil (paing banyak khasiat)( RM39.90 - 250ml)


Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil

Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil

Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Kebaikan Minyak Zaitun

  • Bapa kedoktoran Moden, Socrates mennyaran agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.
  • Hasil Kajian yang dijalankan oleh Ketuan Jabatan Epideminologi, Universiti Harvards, Dr.Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaintu dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50%.
  • Kajian mengenai kebaikan minyak zaitun telah lama dilakukan. Menerusi satu kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa individu yang mengambil 25ml( lebih kurang 2 sudu makan) minyak zaitun extra virgin Olive Oil setiap hari selama seminggu menunjukkan penurunan pengoksidaan kolestrol LDL dan peningkatan sebatian anti oksidan khususnya phenols didalam darah. Selain daripada itu ia dapat mencegah masalah saluran darah seperti Atherosclerosis.
  • Walaupun semua jenis minyak zaitun adalah sumber lemak monounsaturated, minyak zaitun extra virgin oil mengandungi anti-iksidan terutamanya vitamin E dan Phenols yang lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa atau minyak zaitun virgin.
  • Menambah minyak zaitun (terutamanya jenis extra virgin olive oil) dalam diet pemakanan boleh memberikan banyak kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya dalam mencegah kanser kolon.
  • Extra Virgin Olive Oil juga dikatakan boleh membantu mengawal tahap insulin dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.
  • Minyak Zaitun ( Extra Virgin Olive Oil) apabila dicampur bersama-sama dengan perahan lemon boleh menghancurkan batu karang.
  • Selain daripada mengurangkan paras kolestrol, minyak zaitun mempunyai banyak khasiat terutamanya pada hati(liver) dalam menguranglan kecenderungan pembentukan batu hempedu, malah minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dengan baik.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, minyak zaitun mempunyai kesan yang sama seperti julap.
  • Vitamin E yang terkandung minyak zaitun dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. 

PIL KAPSUL MINYAK ZAITUN MUDAH UNTUK DITELAN. DI DATANGKAN DALAM BOTOL 60 BIJI DAN JUGA 120 BIJI
 




HARGA:

60 BIJI : RM 25
120 BIJI : RM 45
(tidak termasuk kos penghantaran)